Masuk saja bulan Februari,cuaca di Malaysia mula bertukar dari sejuk ke panas. Daun-daun dekat pokok pun dah mula mengering.Kita juga turut terkesan dengan cuaca ini.
Cuaca panas tertinggi diMalaysia pernah mencatat sehingga 41 darjah celcius di Chuping ,Perlis pada tahun 1998.Kesan paling buruk akibat dari cuaca panas ialah Strok Haba dan kekeringan sekaligus menganggu aktiviti harian. Malah terdapat beberapa individu yang lebih berisiko menjadi mangsa cuaca panas seperti : 1)Mereka yang berkerja diluar bangunan dan melibatkan aktiviti fizikal seperti buruh,petani,askar,polis dan ahli sukan. 2)Orang dewasa yang berumur 40 tahun keatas lebih berisiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda. 3)Kanak-kanak yang berumur 5 tahun kebawah. 4)Individu yang mempunyai penyakit berkaitan dengan sistem pernafasan. 5)Individu yang berpenyakit diabetis,darah tinggi,jantung dan kalenjar tiroid. Antara gejala cuaca panas melampau adalah : 1)Pening kepala 2)keletihan 3)Lemah tumpuan 4)Kekejangan 5)Mual dan muntah Tips bagi mengelakkan kesan buruk cuaca panas ialah : 1) Memakai pakaian yang sesuai(tidak terlalu tebal dan ketat serta jenis dari kain&warna yang tidak menyerap haba contoh warna yang terang) 2)Hadkan aktiviti luar 3)Minum air masak dalam kuantiti yang banyak tanpa mengira aktiviti fizikal yang dilakukan,jangan tunggu sehingga dahaga. 4)Kerap mandi dan gunakan kipas angin untuk menyejukkan badan 5)Memakai topi atau payung semasa berada dikawasan panas 6)Kurangkan mengambil minuman berkafein dan bergula tinggi. 7)Elakkan bersenam dalam cuaca yang panas 8)Mengambil minuman Isotonik untuk menambah tenaga dan mengelakkan kekeringan. Performance Drink Shaklee adalah salah satu contoh minuman isotonik tanpa gas dan tanpa gula tambahan yang sesuai diamalkan dimusim cuaca panas.Rumusan ekslusif Opticarb mampu membantu meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda,memberi tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam badan. Ia mengimbangi dan membekalkan elektolit dalam tubuh dan metabolism air dalam tubuh.Ia mengandungi potassium,kalsium,sodium,phosphorus,magnesium dan chloride.Performance drink boleh mengurangkan kehausan ,mencegah penyahidratan serta melembapkan kulit sekaligus mengelakkan kulit kekeringan. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat dan membantu pembaca dalam menghadapi keadaan cuaca panas diMalaysia.Jangan jadikan cuaca yang panas sebagai alasan untuk kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.
No comments:
Post a Comment