Hari ni saya nak berkongsi mengenai cara mengajar anak untuk tidak memakai lampin pakai buang
atau free diapers. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan pengalaman rakan-rakan serta sedikit bacaan di laman sosial,
1) Kena setkan target
Setkan target masa ,bila kita nak anak free diapers. Macam saya ,saya letak target anak saya akan free diapers bila dia dah cukup 3 tahun. Jadi bila umur dia dah masuk 2 tahun setengah saya baru mulakan langkah-langkah kearah tu. Sebenarnya , apabila anak-anak sudah mula pandai berkomunikasi,kita sudah boleh mulakan langkah-langkah awal untuk free diapers. Tetapi perlukan kesabaran ibu bapa yang lebih tinggi =)
2) Bagitahu anak
Jika kita target anak-anak akan free diapers apabila berumur 3 tahun, jadi kita perlulah sentiasa ingatkan pada mereka untuk bersedia. Contoh ayat :
" Haziq ,nanti umur Haziq dah cukup 3 tahun.Haziq dah tak boleh pakai pampers tau. Nak kencing atau buang air besar kena pergi toilet tau "
Ulang selalu ayat yang sama,supaya anak-anak faham.
3) Jangan pakaikan pampers
Langkah seterusnya,jangan pakaikan anak pampers. Pada waktu ni,kesabaran ibu bapa agak teruji sedikit, kerana anak-anak masih belum biasa dengan keadaan ini,maka terjadilah proses terkucil atau terb***k diatas lantai atau karpet. Nasihat saya,simpanlah dulu karpet-karpet kesayangan dan juga tilam-tilam yang tebal ;)
4) Bawa anak ke tandas sejam sekali
Untuk ibu yang tidak bekerja ,proses ini agak senang untuk dilakukan sebab kita sentiasa bersama anak dirumah. Bagi ibu yang bekerja, boleh lakukan proses ini pada hujung minggu. Memang agak penat untuk kita dan anak,tapi hasilnya pasti berbaloi.
Lakukan juga aktiviti ini pada waktu malam,supaya anak-anak akan biasa ke tandas tanpa mengira waktu.
5) Ajar anak cara menggunakan tandas
Untuk permulaan mungkin anak-anak agak takut untuk menggunakan tandas, terutama jika tandas duduk sebab agak tinggi. Jika dirumah,anda menggunakan tandas duduk sahaja,bolehla membeli tempat lapik duduk atau "potty seat". Cari gambar yang ceria dan menarik .
6) Kurangkan susu/air
Untuk permulaan, kurangkan kuantiti susu/air yang diberikan pada anak-anak. Sebagai contoh,sebelum ini kita selalu memberi anak minum susu 1 liter susu setiap 2 jam, sekarang kurangkan kepada 500 ml . Ini untuk mengelakkan anak lebih kerap membuang air .
7) Pakaikan anak-anak seluar dalam
Belikan anak-anak seluar dalam yang comel-comel. Selain untuk train dia supaya tak pakai pampers ,juga untuk kurangkan risiko sekiranya anak terkucil atau terb***k. Sekurang-kurangnay ada filterkan. =)
Gambar dari blog Sherry beauty home
8) Pelapik semasa anak tidur
Yang ini sangat penting, pada awal-awal training. Anak belum biasa untuk bangun ke tandas,jadi ibu bapa perlu sediakan pelapik yang jenis waterproof. Sekurang-kurangnya jika anak terkucil semasa tidur kita tak perlu nak basuh tilam yang tebal dan berat. Cuma basuh pelapik yang nipis dan ringan tu sahaja.
Gambar dari blog Mummy wanda shop
9) Bawa anak ke tandas dahulu
Bila anak sudah biasa dirumah tidak memakai pampers, seterusnya cuba biasakan juga bila berada diluar. Pastikan tempat yang mula-mula kita jejaki apabila sampai dilokasi yang kita kunjungi adalah tandas. Bawa anak ketandas dan ingatkan anak supaya bagitahu apabila terasa untuk kencing.
10) Bersabar dan tunggu hasilnya
Akhir sekali ,setelah melakukan kesemua yang diatas,anda cuma perlu bersabar dan tunggulah hasilnya. Beri masa kepada anak-anak untuk membiasakan diri dengan keadaan baru ini.
Pengalaman saya, setelah 6 bulan melatih anak saya .akhirnya anak saya berjaya bebas dari pampers. Alhamdulilah,terima kasih Allah. Macam-macam pengalaman lucu dan mengeramkan tapi pastinya manis apabila dikenang kembali,
Selamat berjaya kepada semua ibu bapa yang dalam proses melatih anak-anak untuk bebas pampers =)
No comments:
Post a Comment