Antara komplikasi yang menyebabkan berlakunya pembedahan adalah seperti bayi melintang didalam perut,bukaan masih kekal pada paras yang sama walaupun kontraksi sudah lama berlaku pada ibu, ibu sudah tidak mempunyai tenaga untuk melahirkan secara normal dan bayi kekurangan oksigen disebabkan tali pusat terbelit.
5 Perkara yang perlu anda ada dalam persediaan bersalin secara pembedahan ialah :
1) Duit untuk pembayaran
Jika anda bersalin di hospital kerajaan , bayaran yang perlu disediakan hanyalah lebih kurang rm200 kebawah ( ni semasa saya bersalin pada tahun 2012 ). Tetapi jika anda bersalin di hospital swasta bayaran mencapai 4 angka , bergantung kepada hospital mana anda bersalin.
2) Warmer Bag atau beg pemanas
Yang ini boleh didapati dikedai-kedai yang jual barangan bayi atau secara online. Warmer bag in dugunakan untuk diletak dibahagian belakang kita,terutama ditempat yang disuntik ubat bius. Selepas pembedahan badan kita akan merasa sangat lenguh terutama dibahagian yang disuntik dan dibahu. Jadi letakkan dibahagian tersebut dengan warmer pad semasa kita bersandar atau baring.
warmer bag yang perlu disikan air panas kedalamnya
Selain warmer bag,boleh juga gunakan hot pillow yang dipanaskan menggunakan elektrik ini.
3) Bengkung
Biasanya selepas bersalin pembedahan, kita perlukan bengkung untuk kita rasa selamat apabila bergerak atau berjalan disebabkan kesan pembedahan pada perut , selain itu ia juga membantu mendapatkan kembali perut yang kempis seperti sebelum hamil. Terdapat dua jenis bengkung, bengkung moden dan bengkung tradisional . Bagi saya,bengkung moden lebih mudah dipakai untuk
anda yang bersalin secara pembedahan kerana tidak rumit untuk dipakai.
4) Vitamin semasa berpantang
Semasa berpantang kita memerlukan vitamin sebagai langkah mengembalikan dan memulihkan semula tenaga selepas bersalin. Ambil vitamin yang mudah untuk dimakan seperti set berpantang Shaklee. Semuanya sangat mudah diambil dan rasanya tidak pahit dan senang ditelan.
Boleh juga mengambil jamu atau ubat-ubatan yang lain sebagai vitamin tambahan semasa berpantang.
5) Tukang urut
Yang ini adalah perkara yang perlu kepada ibu bersalin secara pembedahan atau normal. Kebiasaanya seminggu selepas bersalin kita sudah mula boleh mengurut. Untuk ibu bersalin secara pembedahan , urutan hanya dibolehkan dikawasan selain dari kawasan pembedahan. Jangan sesekali mengurut kawasan pembedahan kerana dikuatiri memberi kesan yang buruk pada jahitan pembedahan. Selain dari mengurut, boleh juga bertungku dibahagian belakang badan.
No comments:
Post a Comment