Berjalan-jalan kenal tempat orang


Hari ni hari ke 7 saya sekeluarga dekat Fremont, California. Memandangkan banyak kedai-kedai yang boleh diexplore berdekatan dengan apartment yang kami tinggal, jadi kami rasa berjalan kaki pilihan yang terbaik untuk hari ni. Pukul 8.30 pagi lepas sarapan pagi kami terus ke Farmer's market, sama macam dekat malaysia ada jual sayur-sayuran segar,buah-buahan yang manis dan besar saiznya(dah dipotong untuk kita rasa),bunga yang cantik-cantik, dan satu stall yang jual seafood . Agak mahal dan susah juga nak dapatkan ikan yang fresh. Ni gambar-gambar dekat pasar tadi.

Kalau saya penggemar bunga-bunga fresh mesti dah beli.Memang cantik sangat.4 dolar sejambak.

Strawberi yang gedabak besar dan manis rasanya.3 pack 6 dolar.

Biasa kat Malaysia tengok buah walnut saja,sini boleh tengok kulitnya sekali.

Ikan yang di potong siap-siap dan diletakkan dalam zipper bag.Sekeping tu ada yang mencecah 11 dolar.Mahalkan.

Sini pun ada tebu.cuma tak dimesin macam kat tempat kita.Sini diaorang potong ,buang kulit dan makan macam tu sahaja.

                                              Blackberries

Seterusnya,kami berjalan kaki ke Chuck E Cheese's. Ni macam tempat mainan yang pakai token dekat mall-mall dekat Malaysia. Cuma bezanya dia siap ada jual pizza kat dalam tu. Setiap kali main permainan ,kita akan diberi tiket.Nanti dapat tukar tiket tu dengan free gift yang comel-comel macam straw gulung-gulung,sticker Chuck E cheese dan penanda buku.









Share this article:

No comments:

Post a Comment